Assalamualaikum......
Siapa kat sini suka dengar or minat dgn lagu2 Maher Zain???? Sudah tentu hamba menjadi orang pertama yg angkat tangan kerana hamba sendiri yg mengajukan soalan ni..hehehe. Daripada pemerhatian hamba, ramai yg sudah berjinak-jinak dgn nasyid sejak mendengar lagu2 Maher Zain yg tidak putus-putus diputarkan di corong-corong radio. Alhamdulillah, satu perkembangan yg positif apabila anda menjadikan nasyid sbg halwa telinga yg bnyk diselitkan unsur2 nasihat dan pengajaran yg amat berguna menjadi pedoman hidup yg penuh ranjau ini. Lagu2 Maher Zain spt thank you Allah, insyaAllah n barakallah mmg tak jemu2 di dgr.
Album Maher Zain yg kini berada di pasaran
Entry hamba kali ni sebenarnya bukan hendak menyentuh ttg keunikan lagu2 Maher Zain, tetapi hamba ingin menanam rasa cinta rakan2 terhadap nasyid or yg plg baik skali mendengar bacaan al-quran. Apa yg hamba dpt simpulkan setelah sekian lama hamba menjadikan nasyid sbg teman hidup di waktu suka n duka, ianya sedikit-sebanyak tlh membentuk diri hamba menjadi insan yg soleh...insyaAllah. Hamba suka sekali utk berkongsi dgn rakan2 yg dirahmati Allah sekalian serangkap lagu drpd kump nasyid raihan yg berjudul mari berhibur yg berbunyi begini:
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
Drpd rangkap tersebut kita dpt tafsirkan bhw berhibur sbnry tidak ditegah di dlm islam tambahan pula, berhibur dpt menghilangkn stress dan kebosanan. Namun, ada garis panduan tertentu yg harus kita patuhi agar hiburan itu sendiri tidak memberi mudarat dan yg plg penting tdk dimurkai oleh Allah s.w.t. Dato' Ismail Kamus ada mencoret di dlm bukunya yg bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat beberapa garis panduan yg harus ditaati semasa berhibur spt:
#Tidak melekakan sehingga ibadah terabai
#Tidak mendedahkan aurat
#Hndaklh dipastikan lagu/muzik tdk bertentangan dgn aqidah
#Tidak diiringi dgn bunyian yg terlampau spt budaya rock sehingga penonton mengikut rentak(melompat2/menjerit2)menjatuhkn akhlak mereka
#Tidak mempunyai percampuran antara lelaki dan permpuan hingga bersentuhan lelaki dan wanita ajnabi.
Erm.....Alang2 hamba dh perkenalkan kpd anda buku yg dikarang Dato' Ismail Kamus so, hamba nk promote la ttg buku yg mempunyai isi yg amat menakjubkan ni. Semuanya berkaitan dgn kehidupan kita dr dalam buaian sehingga ke liang lahad. Rugi sekiranya anda tdk berkesempatan utk menyelak halaman2 buku yg penuh bermakna utk kehidupan ni. Harganya pula tidaklh terlalu expensive, RM 55 je. Sy juga suka utk mengingatkan anda supaya berhati-hati dgn pihak yg tdk bertanggungjawab menjualnya dgn harga 2 kali ganda(RM100) utk mencapai keuntungan. Sy bukan omong kosong kerana peristiwa ni dh berlaku tau. Rakan2 semua blh mendaptkan buku ini di kedai2 buku yg berhampiran.
No comments:
Post a Comment