Sunday, February 27, 2011

Hijrah

Assalamualaikum rakan2 semua.....

Semoga anda semua gembira melayari kehidupan yg penuh ranjau ini. Entry kali ni mungkin dgn nada yg agak sedih dan memilukan kerana hamba ingin memaklumkan penghijrahan hamba drpd SMK Bukit Rambai ke SBPI Selandar. Hamba sendiri tidak menyangka akan ditawarkan ke SBP dgn result PMR hamba yg tidak memuaskan. Tapi, ini semua adalh qada' dan qadar yg tlh ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas setiap hambanya di muka bumi ini. Sebenarnya, hamba sendiri tidak sanggup utk meninggalkan rakan2 yg cukup hamba sayangi dan cintai di SMK Bukit Rambai. Setelah 3 thn 2 bln kita bersama2 menempuh ranjau dan onak duri akhirnya, takdir tlh menentukan perpisahan kita.

Hamba mmg dr awal lagi dh agak yg suasana melankolik akan mendominasi setiap sanubari rakan2 hamba. Janganlah terlalu berduka cita atas pemergian hamba ini. Mungkin ini adalah jln yg terbaik utk hamba mencapai hajat dan cita2 hamba apabila menanjak dewasa kelak. Semoga anda semua terus gigih mencari dan menimba ilmu di sana. Ada juga rakan yg mengeluh kerana risau kepada siapa utk dirujuk dan memberi tunjuk ajar stlh pemergian hamba. Sebenarnya, anda blh meminta guru2 yg berdedikasi utk membimbing anda dlm setiap bidang matapelajaran...itulah yg sebaik-baiknye.

Sy juga ingin mengambil kesempatan ini utk memohon maaf atas segala kekhilafan yg tlh sy lakukan terhadap saudara dan saudari. Semoga kita diberi ruang dan kesempatan utk bertemu kembali pd masa yg akan datang....InsyaAllah.Strive 4 excellence!!!!!!!!!!!!

Teman yang baik seindah pemandangan tasik....
Teman yang setia pembawa ceria...
Teman yang berilmu sering menambah rindu...
Teman yang rapat bagaikan tali yang terikat...
Teman yang beriman ibarat sinar rembulan...
Teman yang sejati bagai pewangi yang mengharumkan...
Teman yang sopan pendorong mengejar impian...
Teman yang mulia membawa diri hampir kepadaNya...

No comments: