Selamat malam kpd pengunjung blog semua. Harap anda semua belum lagi diulit mimpi yg indah atau dgn kata lainnya tido. Tiba2 je jari-jemari hamba ni ingin bergerak-gerak membalon keyboard yg dh usang di telan zaman ni....hehehe. Malam ni tidak persis malam yg lain kerana hamba terasa amat kesepian dan kesunyian melanda setiap penjuru jiwa hamba. Hanya kehadiran nyamuk sahaja yg berjaya memecah kesunyian dan menarik perhatian hamba. Kalau kwn2 semua nak tahu, mlm ni sahaja hamba dah berjaya menumpaskan lebih drpd 10 ekor nyamuk...huhu. Almaklumlah, bermukim di desa ni memang kena kentalkan diri bertarung dgn gerombolan nyamuk yg datang berpusu-pusu setiap malam tanpa jemu. Kalau x cukup kuat boleh mintak bantuan sheildtox attack...hehehe
Entry hamba kali ni bukan utk share sesuatu tetapi hny utk mengisi kekosongan setiap ceruk jiwa hamba. Hamba juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat jalan kpd rakan2 hamba yg akn mendaftarkan diri di SBP pd 7/2 ni iaitu Imran, Nazrul, Aiman, Farith n Amira. Semoga setiap langkah anda ke sana disertai dgn keberkatan dan keredhaanNya, dibasahi dgn zikrullah serta ditemani dgn semangat yg membuak-buak ke sana. Cebisan kenangan bersama anda semua akan sentiasa tersemat dlm atma hamba. Oklah....dah larut malam ni, hamba harus penuhi tuntutan kelopak mata hamba yg ingin ditutup setelah seharian terbuntang. Sebelum masuk tidur tu, basuh kaki dulu yer rakan2 semua...hehehe.
No comments:
Post a Comment