Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, matiku kerana Allah yg mentadbir sekalian alam.
Saturday, December 25, 2010
Seni itu indah
Thursday, December 23, 2010
Impian yg terkubur
Ape kabo rakan2 taulan yg dirahmati Allah S.W.T. Harap rakan2 sihat hendaknya. Hari ni 23 disember 2010 merupakan hari yg menggembirakan atau mengecewakan bagi rakan2 yg menjadi calon PMR utk thn ni. Semuanya bergantung kpd keputusan PMR yg kwn2 dapat. Mungkin ramai di antara rakan2 sy di kls 3RK1 yg menerima keputusan yg membanggakan apabila tertera huruf A yg mengerumuni segenap penjuru slip peperiksaan. Sy ucapkan tahniah di atas kejayaan rakan2 menggapai kecemerlangan. Semoga rkn2 berjaya dunia dan akhirat...InsyaAllah.
Lain pula nasibnya terhadap diri sy ini apabila tidak semuanya tertera huruf A. Huruf B pula kelihatan melekat pd keputusan bhs inggeris sy. Tak taulah mcm mana perasaan ayah dan ibu bila melihat keputusanku yg mengecewakan ini. Tau ubah spt keputusan UPSR tiga thn yg lalu. Huruf B ni sukar hendak ditanggalkan drpd slip keputusan. Tak tau kenapa?? Harap2 huruf B ni tdk lagi menghantui diriku ini. Dan lagi satu, impianku utk ke Malay College Kuala Kangsar terkubur begitu shj. Aku rasa takkan ke mana2 dgn keputusanku yg menyedihkan ni...Apa2 pun tumpuanku kali ini adalah utk SPM pula...Strive for excellent.
Tuesday, December 21, 2010
Debaran kian memuncak
Friday, December 10, 2010
Kasut baru....huhu!!!!!!!
How are you all??? I hope you all are as fit as a fiddle..InsyaAllah. Hehe...mood kali ni baik pulak. Nak tahu kenapa??? Cuba anda cari jawapannye sendiri. Tak dpt jwpnnye jugak... ok lah sy bagi clue, cuba tgk title bagi entry ni. Haaa..sy pasti anda semua sudah mendapat jwpn drpd perumitan yg memecahkan kepala ni...huhu.
Nak cerita sikit, kasut sukan gua yg lama tuu dh uzur dan tenat...hny tunggu mase je. Akhirnya, kira2 lima atau enam bln yg lepas, kasut ni tlh menghembuskan nafasnye yg terakhir...hehehe. Jasadnye blm disemadikan lagi kerana aku rindu utk menatap raut wajah kasut kesayanganku ini. Sampai ke hari ni takde sorang pun yg mengucapkan takziah kpd ku..
Pengunjung blog: Dah la tu muzakkir...jgn nak mengarut lagi. Karang jadi gila pulak..
Muzakkir : Hehehe..jgn mare ye...
Masuk kpd tajuk semula...Pd minggu lps, ayahku membawaku ke jusco utk menggantikan kasut lamaku kpd kasut yg baru. Selain itu, kami juga ada mengunjungi kedai celcom utk membeli sim card. walau apa2 pun aku tetap merindui kasut sukan lamaku kerana tlh berbakti kpdku hingga ke menara gading(eh..silap pulak, hingga ke perlawanan badminton peringkat negeri). Di sini aku ada sertakan gambar 3D kasut sukanku yg baru...hehe.
Tuesday, December 7, 2010
.:SALAM MAAL HIJRAH:.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Asalamualaikum semua,
Kaifa haluka/haluki(Apa khabar)????? Hehehe...speaking arab pulak. Pejam celik pejam celik dah masuk thn baru hijrah. Dgn rasminya masuk thn baru ni maka, semakin singkatlah umur kita. Oleh itu, marilah semua kaum muslimin dan muslimat termasuk diri sy sendiri,(hehe..mcm khutbah jumaat pula)marilah sama2 kita bermuhasabah diri menghitung kembali amal2 dan kebajikan yg kita kerjakan sebaik shj kita lahir ke dunia hingga ke hari ini. Adakah ianya mencukupi utk menjamin keselamatan kita semasa berada di alam barzakh dan akhirat? Jgn terlepas juga utk merenungkan kembali keburukan serta kejahatan yg tlh terlanjur kita lakukan. Adakah kita sudah bertaubat atau masih terus-terusan melakukan kesalahan yg sama berulang kali???
Setelah selesai bermuhasabah diri merenungkan kembali kisah2 yg lampau, pasti rakan2 sudah dpt mengenal pasti kebaikan dan keburukan masing2. Rakan2 juga tentu sudah mempunyai azam yg tersendiri utk menambah baik amal kebajikan dan menghindari drpd perbuatan yg keji dan mungkar. Oleh itu, bersegeralah rakan2 mengambil tinta dan terus mencoret azam rakan2 di atas sehelai kertas bagi menyenaraikannya dgn lebih jelas. Eloklah rakan2 mencoret dgn tulisan yg besar dan cantik serta tampalkannya di tmpt yg sesuai.
Yg berikut pula merupakan azam sy utk thn ini :
#Memperbanyak amal kebajikan
#Berbakti kpd kedua ibu bapa
#Memenuhkan ilmu di dada
#Menjadi rakan yg disenangi
#Aktif dlm bidang sukan
#Bnykkan membaca dan menghafaz al-quran
Dan yg plg penting sekali, azam sy ialah menghindari dosa2 yg lalu....InsyaAllah.
Tuesday, November 30, 2010
Rindu serindu-rindunya
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Thursday, November 25, 2010
Berita gembira & sedih
Tak lupa juga ptg ini juga akan berlangsung perlawanan hoki peringkat akhir pd pukul 5.00 ptg. Sy berharap agar Malaysia berjaya melakar sejarah dgn meraih pingat emas dan seterusnya melayakkan diri secara automatik ke sukan olimpik. InsyaAllah..... Semua mesti tonton tau bagi sokongan kpd Malaysia.
Berita sedihnya pula...sy akan menghadiri kem di Sungai Udang bagi memanfaatkan masa cuti ini dgn perkara berfaedah. Tak dptlah lagi kita bersua yerkkkk. Berapa lama sy kat sana pun tak tahu.Kalau ada umur yg pnjg kita akan bertemu jua....Wallahualam.
Peperiksaan & Badminton
Apa2 pun kita tinggalkan dahulu memori yg tlh berlalu....jgn toleh ke blkg lagi, lihat onak duri yg harus kita tempuhi pd masa hadapan. Kalau dahulu kita jatuh, maka bangkitlah semula dan kalau dahulu kita berjaya jgn skrg kita jatuh pula, aduuuuuuuuuuuhhhhhhhh!!! hehehe...mcm dato' Fadzilah Kamsah pulak.
Apa yg ingin sy beri perhatian kali ini ialah perlawanan badminton kategori single akhir yg menemukan 2 jaguh badminton dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan pada temasya sukan Asia yg ke 16 di Guangzhou. Sebagai peminat sukan badminton no 2 negara, (siapa yg bertuah no 1 tu yerk...hukhukhuk) sy memang mengambil berat perkembangan sukan badminton ini.
Dalam perlawanan yg sengit itu, Lee Chong Wei gagal mengulangi kejayaannya pada terbuka jepun apabila ditumbangkan Lin Dan dalam rubber game 13-21, 21-15, 10-21. Malaysia hanya berjaya membawa pingat perak dlm kejohanan yg berprestij itu. Apa blh buat...dh takde rezeki. Lin Dan juga mempunyai kelebihan selaku tuan rumah dan tidak mempunyai masalah utknya menang. Apa2 pun Malaysia perlu bangkit drpd kekecewaan ini utk mengembalikan kegemilangan anak2 Sidek. InsyaAllah.....
Chong Wei dan Lin Dan bersemangat mengharungi perlawanan