Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, matiku kerana Allah yg mentadbir sekalian alam.
Tuesday, December 7, 2010
.:SALAM MAAL HIJRAH:.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Asalamualaikum semua,
Kaifa haluka/haluki(Apa khabar)????? Hehehe...speaking arab pulak. Pejam celik pejam celik dah masuk thn baru hijrah. Dgn rasminya masuk thn baru ni maka, semakin singkatlah umur kita. Oleh itu, marilah semua kaum muslimin dan muslimat termasuk diri sy sendiri,(hehe..mcm khutbah jumaat pula)marilah sama2 kita bermuhasabah diri menghitung kembali amal2 dan kebajikan yg kita kerjakan sebaik shj kita lahir ke dunia hingga ke hari ini. Adakah ianya mencukupi utk menjamin keselamatan kita semasa berada di alam barzakh dan akhirat? Jgn terlepas juga utk merenungkan kembali keburukan serta kejahatan yg tlh terlanjur kita lakukan. Adakah kita sudah bertaubat atau masih terus-terusan melakukan kesalahan yg sama berulang kali???
Setelah selesai bermuhasabah diri merenungkan kembali kisah2 yg lampau, pasti rakan2 sudah dpt mengenal pasti kebaikan dan keburukan masing2. Rakan2 juga tentu sudah mempunyai azam yg tersendiri utk menambah baik amal kebajikan dan menghindari drpd perbuatan yg keji dan mungkar. Oleh itu, bersegeralah rakan2 mengambil tinta dan terus mencoret azam rakan2 di atas sehelai kertas bagi menyenaraikannya dgn lebih jelas. Eloklah rakan2 mencoret dgn tulisan yg besar dan cantik serta tampalkannya di tmpt yg sesuai.
Yg berikut pula merupakan azam sy utk thn ini :
#Memperbanyak amal kebajikan
#Berbakti kpd kedua ibu bapa
#Memenuhkan ilmu di dada
#Menjadi rakan yg disenangi
#Aktif dlm bidang sukan
#Bnykkan membaca dan menghafaz al-quran
Dan yg plg penting sekali, azam sy ialah menghindari dosa2 yg lalu....InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment