Thursday, November 25, 2010

Peperiksaan & Badminton

Assalamualaikum W.B.T.....

Apa khabar semua??? Harap semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah.....akhirnya kita dapat bersua kembali setelah sekian lama saya menyepi tanpa membawa sebarang berita untuk dikongsi bersama. ini semua gara-gara peperiksaan PMR yang duduki menuntut saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya meminimakan masa lapang saya. Apa-apa pun saya sudah membuat yang terbaik dan ianya sudah berlalu hampir 2 bulan. InsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah saya mencapai matlamat dan sasaran iaitu 8A....


Apa2 pun kita tinggalkan dahulu memori yg tlh berlalu....jgn toleh ke blkg lagi, lihat onak duri yg harus kita tempuhi pd masa hadapan. Kalau dahulu kita jatuh, maka bangkitlah semula dan kalau dahulu kita berjaya jgn skrg kita jatuh pula, aduuuuuuuuuuuhhhhhhhh!!! hehehe...mcm dato' Fadzilah Kamsah pulak.


Apa yg ingin sy beri perhatian kali ini ialah perlawanan badminton kategori single akhir yg menemukan 2 jaguh badminton dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan pada temasya sukan Asia yg ke 16 di Guangzhou. Sebagai peminat sukan badminton no 2 negara, (siapa yg bertuah no 1 tu yerk...hukhukhuk) sy memang mengambil berat perkembangan sukan badminton ini.

Dalam perlawanan yg sengit itu, Lee Chong Wei gagal mengulangi kejayaannya pada terbuka jepun apabila ditumbangkan Lin Dan dalam rubber game 13-21, 21-15, 10-21. Malaysia hanya berjaya membawa pingat perak dlm kejohanan yg berprestij itu. Apa blh buat...dh takde rezeki. Lin Dan juga mempunyai kelebihan selaku tuan rumah dan tidak mempunyai masalah utknya menang. Apa2 pun Malaysia perlu bangkit drpd kekecewaan ini utk mengembalikan kegemilangan anak2 Sidek. InsyaAllah.....

Chong Wei dan Lin Dan bersemangat mengharungi perlawanan

No comments: