Assalamualaikum.....
Selamat tahun baru kepada semua yang sudi membaca blog hamba yg tak seberapa ni. Apabila kita menjengah sahaja ke tahun baru, sudah pasti banyak nostalgia silam yang amat sukar dilupakan. Tidak kiralah sama ada ianya pahit atau manis tetap kekal menjadi memori suka dan duka kita dalam melayari bahtera kehidupan. Pengalaman kita dalam melalui perjalanan yang berliku-liku dan penuh onak duri sebenarnya telah banyak mematangkan diri kita untuk menyesuaikan diri di alam yang penuh ranjau ini.
Tahun 2011 mungkin akan mencatatkan banyak peristiwa perpisahan antara saya dengan sahabat2 seperjuangan yg dikasihi sekalian. Bukan saya yang mahu pergi, tetapi andalah yg akan pergi setelah berjaya mencapai keputusan PMR yang membanggakan semua pihak. Tidak mampu untuk saya menghalang anda semua daripada pergi kerana tempat yang akan anda tuju itu mungkin lebih baik dan mencerahkan masa depan daripada sekarang. Apa2 pun saya akan sentiasa merindui anda. Saya juga berharap persahabatan kita tidak akan pudar walaupun dimamah masa dari hari ke hari.
Entry kali ini juga hamba menyertakan gambar2 yg dapat mengimbau kembali perjalanan hidup hamba bersama kalian. Terima kasih kerana sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada hamba hingga ke hari ini....
No comments:
Post a Comment