Saturday, January 29, 2011

.:Ragam bulan januari:.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa kabar sahabat handai semua?Harap semua dlm keadaan selamat sejahtera. Sy ingin mengambil kesempatan ini utk memohon maaf di atas ketidakprihatinan sy membiarkan blog ini tersadai spt tdk mempunyai nakhodanya(tuan punya blog). Pasti rakan2 semua jenuh menunggu ketibaan entry2 yg terbaru drpd hamba. So, hamba dh decide utk kumpulkan semua cerita2 hot sepanjang sebulan hamba tdk update blog ini...hehehe. Harap rakan2 semua sudi membaca liku2 hidup hamba yg sudah genap sebulan berada di ting 4.

First skali, hamba ingin berkongsi serba sedikit kisah hamba berada di klas yg diberi nama 4 sc 1. Alhamdulillah, sampai sekarang ni hamba dpt handle semua subjek kecuali satu je. Hehe...nk tahu x ape subjek yg bertuah sngt tu...?? X lain x bukan additional math laaa. Baru je khatam bab 1(function) tapi otak hamba ni dh kucar-kacir, bercelaru, pusing dan yg sewaktu dgnnye...hehehe. Tima mula2 hamba diperkenalkan dgn images,object,range tu mmg agak kacang tapi bila dh masuk bab composite n inverse function tu mcm nk muntahkan lava jer kepala hamba ni. Yg paling x thn sekali bila tgk ayat2 mentera spt ni fg(X)=f[g(x)].

Second pulak hamba nk share pasal kejohanan merentas desa di SMK Bukit Rambai baru2 ni. Hamba ni dogolongkan di dlm kelas 1(form 4+form 5). Kejohanan ini menawarkan 20 pinngat bagi setiap kategori iaitu kelas 1,2 dan 3 lelaki n kelas1,2 dan 3 perempuan. Lebih menghangatkan lagi suasana apabila kejohanan itu turut menyediakan sebuah basikal sbg hadiah utama bagi cabutan bertuah. Perlumbaan sejauh 8 km itu agak memenatkan juga. Tetapi kepenatan itu seakan2 sirna apabila hamba diisytiharkan mendapat tmpt ke-4 bagi kelas 1 lelaki. Hati hamba melonjak2 gembira masa tu.

Third pulak hamba nk berkongsi ttg anugerah pelajar cemerlang PMR 2010 yg diadakan di dataran BRASS.Anugerah ini diberikan sbg penghargaan kpd pljr2 yg berjaya mencatat keputusan yg menakjubkan dlm peperiksaan PMR thn 2010. Spt biasa, tumpuan akn diberikan kpd para pelajar yg berjaya mendapat straight 'A' dlm semua mata pelajaran iaitu Aiman, Nazrul, Shahrul, Imran, Farith, Anis, Farah, Nadirah, Farzana n Amira. Tahniah atas kejayaan anda dan ini akn menjadi pembakar semangat utk hamba berjaya di dlm SPM...insyaAllah.

Wajah2 ceria pelajar cemerlang PMR 2010

The last one, hamba nk berkongsi satu kisah yg amat memilukan hati hamba. Hamba dh agak perkara ini mmg akan berlaku ke atas diri hamba. Tanggal 26 januari 2011, hamba tlh berpisah dgn seorang rkn hamba yg amat ceria dan peramah iaitu Saudara Amirul. Keesokan harinya pula hamba kehilangan 2 org lagi rkn hamba yg mmg rapat dgn hamba iaitu saudara Aiman dan Farithezwan. Kehilangan rakan2ku ini mmg sentiasa dirasai setiap jam,saat dan detik. Semoga anda berbahagia menempuhi kehidupan yg baru di sekolah yg baru. Kenangan indah bersama korang tdk akn prnh luput dalam ingatanku.

Saturday, January 1, 2011

Memori bersama

Assalamualaikum.....

Selamat tahun baru kepada semua yang sudi membaca blog hamba yg tak seberapa ni. Apabila kita menjengah sahaja ke tahun baru, sudah pasti banyak nostalgia silam yang amat sukar dilupakan. Tidak kiralah sama ada ianya pahit atau manis tetap kekal menjadi memori suka dan duka kita dalam melayari bahtera kehidupan. Pengalaman kita dalam melalui perjalanan yang berliku-liku dan penuh onak duri sebenarnya telah banyak mematangkan diri kita untuk menyesuaikan diri di alam yang penuh ranjau ini.

Tahun 2011 mungkin akan mencatatkan banyak peristiwa perpisahan antara saya dengan sahabat2 seperjuangan yg dikasihi sekalian. Bukan saya yang mahu pergi, tetapi andalah yg akan pergi setelah berjaya mencapai keputusan PMR yang membanggakan semua pihak. Tidak mampu untuk saya menghalang anda semua daripada pergi kerana tempat yang akan anda tuju itu mungkin lebih baik dan mencerahkan masa depan daripada sekarang. Apa2 pun saya akan sentiasa merindui anda. Saya juga berharap persahabatan kita tidak akan pudar walaupun dimamah masa dari hari ke hari.

Entry kali ini juga hamba menyertakan gambar2 yg dapat mengimbau kembali perjalanan hidup hamba bersama kalian. Terima kasih kerana sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada hamba hingga ke hari ini....

Gambar ni diambil semasa aku form1 diasrama yg penuh dgn asam garam...hehehe

Gambar ni pula adalah rakan2 seperjuangan semasa aku berada di ting 2rk1...

Pic ni pula adalah sbg kenang-kenangan kami di Ibnu Sina 2 yg penuh dgn gelak tawa...