Tuesday, November 30, 2010

Rindu serindu-rindunya

Assalamualaikum w.b.t....

Apa khabar rakan2/kwn2/sahabat2 semua. Harap semua dlm keadaan sihat walafiat. Time cuti ni buat ape??? Mesti semua sudah punyai perancangan yg tersendiri. Harap masa yg terluang ni di isi dgn aktiviti2 yg berfaedah ye...jgn bnyk tido pulak. Hehehe...

Dah seminggu lebih kita bercuti meninggalkan perkarangan sekolah yg penuh dgn memori manis dan pahit. Tiba-tiba tercetus di dlm hatiku ni terhadap tempat aku menuntut ilmu(sek men keb Bukit Rambai). Igin shj aku menjerit menyatakan kerinduan kpd insan yg bergelar guru yg tabah mendidik aku selama ni. Apa2 pun penghujung bulan 12 ni akn keluar keputusan PMR. Rasa berdebar2 di dlm hatiku ni. Harap aku dpt menunjukkan keputusan yg cemerlang kpd guru2ku agar terukir senyuman di wajah mereka.

Aku merasa terhutang budi atas keikhlasan guru2 mengajarku ilmu yg berguna. Hanya tuhan yg dapat membalasnya. Aku doakan kebahagiaan kamu di dunia dan akhirat. Berikut adalah lirik lagu yg bertajuk lilin seorang guru drpd kump inteam....

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Thursday, November 25, 2010

Berita gembira & sedih

Assalamualaikum.....

Sebentar tadi sy sempat menonton televisyen bagi melihat perlawanan squash kategori wanita berkumpulan antara Malaysia dan Hong Kong. Akhinya, kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 9 pingat emas apabila Malaysia berjaya menumpaskan Hong Kong dalam perlawanan yg agak mendebarkan. Apa2 pun tahniah kepada Malaysia di atas kejayaan yg manis ini.Malaysia boleh!!!!!!!!....cayalah. Sekarang ini pula sdg berlangsung perlawanan squash bagi kategori lelaki berkumpulan. Saya berharap agar Malaysia terus mendominasi acara ini...

Tak lupa juga ptg ini juga akan berlangsung perlawanan hoki peringkat akhir pd pukul 5.00 ptg. Sy berharap agar Malaysia berjaya melakar sejarah dgn meraih pingat emas dan seterusnya melayakkan diri secara automatik ke sukan olimpik. InsyaAllah..... Semua mesti tonton tau bagi sokongan kpd Malaysia.

Berita sedihnya pula...sy akan menghadiri kem di Sungai Udang bagi memanfaatkan masa cuti ini dgn perkara berfaedah. Tak dptlah lagi kita bersua yerkkkk. Berapa lama sy kat sana pun tak tahu.Kalau ada umur yg pnjg kita akan bertemu jua....Wallahualam.

Peperiksaan & Badminton

Assalamualaikum W.B.T.....

Apa khabar semua??? Harap semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah.....akhirnya kita dapat bersua kembali setelah sekian lama saya menyepi tanpa membawa sebarang berita untuk dikongsi bersama. ini semua gara-gara peperiksaan PMR yang duduki menuntut saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya meminimakan masa lapang saya. Apa-apa pun saya sudah membuat yang terbaik dan ianya sudah berlalu hampir 2 bulan. InsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah saya mencapai matlamat dan sasaran iaitu 8A....


Apa2 pun kita tinggalkan dahulu memori yg tlh berlalu....jgn toleh ke blkg lagi, lihat onak duri yg harus kita tempuhi pd masa hadapan. Kalau dahulu kita jatuh, maka bangkitlah semula dan kalau dahulu kita berjaya jgn skrg kita jatuh pula, aduuuuuuuuuuuhhhhhhhh!!! hehehe...mcm dato' Fadzilah Kamsah pulak.


Apa yg ingin sy beri perhatian kali ini ialah perlawanan badminton kategori single akhir yg menemukan 2 jaguh badminton dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan pada temasya sukan Asia yg ke 16 di Guangzhou. Sebagai peminat sukan badminton no 2 negara, (siapa yg bertuah no 1 tu yerk...hukhukhuk) sy memang mengambil berat perkembangan sukan badminton ini.

Dalam perlawanan yg sengit itu, Lee Chong Wei gagal mengulangi kejayaannya pada terbuka jepun apabila ditumbangkan Lin Dan dalam rubber game 13-21, 21-15, 10-21. Malaysia hanya berjaya membawa pingat perak dlm kejohanan yg berprestij itu. Apa blh buat...dh takde rezeki. Lin Dan juga mempunyai kelebihan selaku tuan rumah dan tidak mempunyai masalah utknya menang. Apa2 pun Malaysia perlu bangkit drpd kekecewaan ini utk mengembalikan kegemilangan anak2 Sidek. InsyaAllah.....

Chong Wei dan Lin Dan bersemangat mengharungi perlawanan