Thursday, December 17, 2009

Salam maal hijrah

Selamat menyambut awal muharam 1431 hijrah kpd semua muslimin dan muslimat. Bnyk kenangan pahit dan manis yg tlh dilalui di thn sebelumnya. Kedatangan thn baru ni diharap dpt memberi inspirasi utk berjaya dlm kehidupan yg penuh ranjau duri. Buang yg keruh ambil yg jernih.

Azamku: #mendapat straight 'A' dlm PMR
#menjadi anak yg soleh
#berjaya dlm hidup

Saturday, August 29, 2009

FADHILAT RAMADHAN

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Friday, August 28, 2009

::Kembali menemui anda::

Salam,

Setelah kian lama menyepi, sy kembali menulis di laman blog ini. Saya sngt sibuk di 5 bulan yg lepas sehingga tak terlayan blog ni...kepada para pengunjung, sy minta maaf atas segala kesulitan...InsyaAllah sy akan cuba update laman ni setiap mase.....diharap ape yg akan ditulis dan dipaparkan nanti akan dijadikan pedoman dan tauladan saudara dan saudari...

#BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH#


Saturday, March 28, 2009

:: ALBUM INTEAM - ALLAHU RABBI KINI DI PASARAN!!! ::

DAPATKAN CD INTEAM - ALLAHU RABBI DENGAN AUTOGRAF EKSKLUSIF BAGI PEMBELI 100 UNIT TERAWAL HANYA DI INTEAM MOBILE ONLINE MALL. POTONGAN HARGA ISTIMEWA UNTUK ANDA!!! INTEAM - ALLAHU RABBI, KINI DIPASARAN!!!

Sunday, March 15, 2009

Doa Yang Sangat Wajar Diamalkan Di Zaman Ini (Ayat Pengerak)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.Terhindar Daripada Kemudaratan MakananMakanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada perbuatan sihir dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus. Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. Dipetik dari:Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa)

Monday, February 2, 2009

Konsert Palestin In Our Heart-III


Tarikh : 7hb Februari 2009 (sabtu)
Tempat : Kolej Islam Antarabangsa (IIC) Gombak
Masa : 8.00-11 mlm.
Artis : Nazrey Johani , All One , Varian ,Stellar, The Wan's , Along Zaimi (Bintang Kecil) , Hanimzah Jalaludin (Akademi Quran 2) , Ezad Lazim (ex-exist)
Masuk percuma.. tapi di galakkan untuk menderma, kerana derma akan di salurkan kepada saudara2 kita yang menghadapi penderitaan di Palestin, Gaza dan sebagainya* Pertambahan dan perubahan artis akan di maklumkan kemudian..Di harapkan sahabat2 semua dapat menyokong konsert untuk Palestin ini...Tq. Tolong War2-warkan kepada sahabat2 kita yg lain....Sedikit info tambahan *Persembahan Nazrey Johani, ALL One, Varian & The Wan's adalah secara live band oleh Stellar...so harap semua dpt rasakan kelainan persembahan mlm tu nanti...Jgn lupa dtg!

Tuesday, January 27, 2009

Prestasi Bola Sepak Malaysia Harus Diperkasa!


sepak kebangsaan Malaysia di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu malam kelmarin. Perbezaan jumlah jaringan gol yang cukup besar semestinya menimbulkan keresahan dan patah semangat buat peminat-peminat setia bola sepak tanahair.

Saya pasti, ramai di kalangan kita yang cukup merindui persembahan mantap yang ditonjolkan suatu ketika dahulu oleh pemain-pemain terkenal negara era 60-an dan 70-an seperti Datuk Abdul Ghani Minhat, arwah Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

Kedudukan pasukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-158 ranking FIFA sewajarnya dipandang serius oleh pihak pengurusan FAM. Kehebatan dan kegemilangan bola sepak Malaysia sewajarnya kembali dimartabatkan. Agenda perubahan bukan sekadar untuk memperbaiki sistem tadbir urus dan pengurusan ekonomi semata-mata, bahkan perubahan juga seharusnya turut dijana dalam lapangan sukan.

Buat anak-anak muda yang menggalas harapan bola sepak Malaysia, ayuh tingkatkan prestasi dan semangat juang kalian!

Saturday, January 24, 2009

Kunjungan dari Palembang

Salam,

Pada 16 Januari yang lalu satu rombongan dari negara jiran dtg utk melawat sekolahku iaitu SMK Bukit Rambai. Faktor-faktor yg menyebabkan sekolah ini dipilih kerana tlh mencatatkan peningkatan akademik dan sekolah ini juga akan mendapat nama sebagai sekolah berasrama penuh tidak lama lagi. Mereka ingin melihat cara pembelajaran kami di sekolah ini. Mreka yg melawat terdiri dr darjah 7 dan 8.....Saya amat berbangga bersekolah di sini. Saya berharap agar warga SMK Bukit Rambai dapat melakar sejarah seperti ini lagi....Amin

Friday, January 23, 2009

Sunday, January 4, 2009

::KEMBALI KE SEKOLAH::


Salam,
Hari ini sy bersama abg akan berangkat ke asrama pada jam dua ptg...jadi, blog ni taklah selalu diupdate lagi, mungkin dua minggu sekali..... utk rakan2ku yg akan ke sekolah..dah sedia ke nak ke skolah????...dah lebih sebulan bercuti,mesti ada yg rasa mcm malas je nak g skolah ari ni....Selamat belajar..jgn malas2 ek...nnt kena rotan dgn cikgu...SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...mulakan sesi persekolah yg baru...dgn azam yg baru...dgn semangat yg baru dan jitu....di tahun baru 2008...jadikan tahun ini lebih baik dr tahun lepas....InsyaAllah....

Saturday, January 3, 2009

Boikot barangan Yahudi




Kekejaman rejim yahudi membunuh ratusan kanak2 dan wanita di Gaza amat menyayat hati. Bumi Palestin sekali lagi bermandikan darah apabila jet pejuang Israel bermaharajalela meledakkan pelbagai jenis bom ke arah sasaran hingga sanggup memusnahkan masjid dan bangunan penduduk awam.

Perang ini tidak seimbang kerana rakyat Palestin hny berbekalkan senjata batu dan lastik shj. Negara islam sepatutnya bersatu sekurang-kurangnya memboikot barangan buatan Yahudi supaya dpt melumpuhkan ekonominya kerana selama ini dgn keuntungan itulah tanpa kita sedari mereka mampu membuat senjata canggih utk membunuh umat islam itu sendiri.....




Thursday, January 1, 2009

::Senyuman menarik::


Pengenalan

Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat pada seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan personaliti empunya. Senyuman yang menarik dengan gigi yang bersih dan gusi yang sihat boleh menonjolkan keyakinan diri dan keterampilan anda.


Bagaimana Untuk Menjadikan Senyuman Lebih Menarik?

Gabungan rawatan pergigian kosmetik boleh meningkatkan penampilan gigi dan senyuman anda. Antara rawatan yang mungkin diperlukan termasuklah:

  • Menyusunkan gigi supaya lebih teratur
  • Memulihkan gigi yang patah atau terserpih
  • Menggantikan gigi yang hilang
  • Menutup ruang di antara gigi
  • Membaiki senyuman yang menampakkan terlalu banyak bahagian gusi
  • Mencerahkan warna gigi
  • Dan lain-lain

Proses ini mungkin melibatkan gabungan porcelain veneers, tampalan sewarna gigi, korona,jejambat dan pemutihan gigi.


Bagaimana Proses Ini Dilakukan?

Sebelum rawatan kosmetik dimulakan, masalah kesihatan yang ada perlu di rawat terlebih dahulu untuk memastikan anda sihat untuk menjalani rawatan pergigian. Doktor pergigian akan memeriksa dan menentukan status kesihatan pergigian anda.

Bagi rawatan kosmetik pergigian, anda dan doktor pergigian anda boleh berbincang untuk menentukan gaya senyuman baru yang dikehendaki.

  • Apa yang anda inginkan pada senyuman anda?
  • Apakah yang anda tidak suka tentang senyuman anda dan apakah yang mahu diubah?

Setelah gaya senyuman ditentukan, beberapa rawatan akan dijalankan. Anda akan diberikan senyuman 'baru' dengan tampalan sementara terlebih dahulu kerana bahan porcelain memerlukan dua hingga empat minggu untuk disiapkan. Seterusnya tampalan sementara akan ditanggalkan dan diganti bahan porcelain.

Komplikasi

Tiada komplikasi yang dikaitkan dengan rawatan ini selagi kebersihan mulut dijaga dengan baik.


Berapa Lama Proses Ini Dijalankan?

Tempoh rawatan bergantung kepada jenis rawatan yang dijalankan. Jika anda hanya memerlukan pemutihan gigi, maka proses rawatan hanya memerlukan satu jam sahaja. Tetapi untuk rawatan yang lebih kompleks, seperti porcelain veneers atau korona porcelain, anda perlu ke klinik pergigian untuk beberapa kali lawatan.