Diriwayatkan drpd Abu Hurairah R.A ,katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: "Iman itu mempunyai lebih drpd tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu drpd bahagian-bahagian iman.
Penjelasan:
Iman itu mempunyai bnyk cabang hingga sampai tujuh puluh lebih cabang. Maka, salah satu di antaracabang iman yg terpenting ialah sifat malu. Sahabat2 nabi,spt Usman bin Affan dan Abu Bakar al-siddiq,terkenal dgn sifat malunya yg luar biasa.Ramai org menganggap sifat malu sbg satu kelemahan dan kekurangan. Sedangkan menurut hadis di atas ia disenbut sbg satu drpd cabang2 iman. Org yg memepunyai sifat malu ialah org yg kuat imannya dan besar tanggungjawab moralnya.
Diriwayatkan drpd Ibnu Umar R.A katanya:Nabi mendengar seseorang menasihati saudaranya dlm hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk,lalu nabi bersabda:"malu itu sebahagian drpd iman."
Penjelasan:
Hadis yg diriwayatkan drpd Abdullah bin Umar R.A di atas pula menyebut soal sifat malu.Kalaau dlm hadis sebelumnya disebutkan bahawa sifat malu dan tanggungjawab moral itu satu cabang atau unit drpd iman. maka pada hadis ini dikatakan sbg sebahagian drpd iman.
Diriwayatkan drpd Imran bin Hushain R.A ,katanya: Nabi telah bersabda:"Malu itu tidak dtg kecuali membawa kebaikan."
Penjelasan:
Menerusi hadis di atas pula di nyatakan bahawa sifat malu itu mendatangkan kebaikan.Org yg mempunyai sifat malumempunyai kelebihan berbanding dgn org yg tiada sifat tersebut.Kerana,sifat malu ini bukan merugikan org yg bersangkuta,sebaliknya memberi faedah yg bnyk kpdnya. Kerana biasanya org yg pemalu tidak akan meakukan perbuatan yg tidak disukai,sama ada oleh manusia atau khaliqnya.