Sunday, February 6, 2011

Nasyid wadah hiburan terkini

Assalamualaikum......

Siapa kat sini suka dengar or minat dgn lagu2 Maher Zain???? Sudah tentu hamba menjadi orang pertama yg angkat tangan kerana hamba sendiri yg mengajukan soalan ni..hehehe. Daripada pemerhatian hamba, ramai yg sudah berjinak-jinak dgn nasyid sejak mendengar lagu2 Maher Zain yg tidak putus-putus diputarkan di corong-corong radio. Alhamdulillah, satu perkembangan yg positif apabila anda menjadikan nasyid sbg halwa telinga yg bnyk diselitkan unsur2 nasihat dan pengajaran yg amat berguna menjadi pedoman hidup yg penuh ranjau ini. Lagu2 Maher Zain spt thank you Allah, insyaAllah n barakallah mmg tak jemu2 di dgr.

Album Maher Zain yg kini berada di pasaran

Entry hamba kali ni sebenarnya bukan hendak menyentuh ttg keunikan lagu2 Maher Zain, tetapi hamba ingin menanam rasa cinta rakan2 terhadap nasyid or yg plg baik skali mendengar bacaan al-quran. Apa yg hamba dpt simpulkan setelah sekian lama hamba menjadikan nasyid sbg teman hidup di waktu suka n duka, ianya sedikit-sebanyak tlh membentuk diri hamba menjadi insan yg soleh...insyaAllah. Hamba suka sekali utk berkongsi dgn rakan2 yg dirahmati Allah sekalian serangkap lagu drpd kump nasyid raihan yg berjudul mari berhibur yg berbunyi begini:

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Drpd rangkap tersebut kita dpt tafsirkan bhw berhibur sbnry tidak ditegah di dlm islam tambahan pula, berhibur dpt menghilangkn stress dan kebosanan. Namun, ada garis panduan tertentu yg harus kita patuhi agar hiburan itu sendiri tidak memberi mudarat dan yg plg penting tdk dimurkai oleh Allah s.w.t. Dato' Ismail Kamus ada mencoret di dlm bukunya yg bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat beberapa garis panduan yg harus ditaati semasa berhibur spt:

#Tidak melekakan sehingga ibadah terabai
#Tidak mendedahkan aurat
#Hndaklh dipastikan lagu/muzik tdk bertentangan dgn aqidah
#Tidak diiringi dgn bunyian yg terlampau spt budaya rock sehingga penonton mengikut rentak(melompat2/menjerit2)menjatuhkn akhlak mereka
#Tidak mempunyai percampuran antara lelaki dan permpuan hingga bersentuhan lelaki dan wanita ajnabi.

Erm.....Alang2 hamba dh perkenalkan kpd anda buku yg dikarang Dato' Ismail Kamus so, hamba nk promote la ttg buku yg mempunyai isi yg amat menakjubkan ni. Semuanya berkaitan dgn kehidupan kita dr dalam buaian sehingga ke liang lahad. Rugi sekiranya anda tdk berkesempatan utk menyelak halaman2 buku yg penuh bermakna utk kehidupan ni. Harganya pula tidaklh terlalu expensive, RM 55 je. Sy juga suka utk mengingatkan anda supaya berhati-hati dgn pihak yg tdk bertanggungjawab menjualnya dgn harga 2 kali ganda(RM100) utk mencapai keuntungan. Sy bukan omong kosong kerana peristiwa ni dh berlaku tau. Rakan2 semua blh mendaptkan buku ini di kedai2 buku yg berhampiran.

Friday, February 4, 2011

Malam yg sepi

Assalamualaikum.....

Selamat malam kpd pengunjung blog semua. Harap anda semua belum lagi diulit mimpi yg indah atau dgn kata lainnya tido. Tiba2 je jari-jemari hamba ni ingin bergerak-gerak membalon keyboard yg dh usang di telan zaman ni....hehehe. Malam ni tidak persis malam yg lain kerana hamba terasa amat kesepian dan kesunyian melanda setiap penjuru jiwa hamba. Hanya kehadiran nyamuk sahaja yg berjaya memecah kesunyian dan menarik perhatian hamba. Kalau kwn2 semua nak tahu, mlm ni sahaja hamba dah berjaya menumpaskan lebih drpd 10 ekor nyamuk...huhu. Almaklumlah, bermukim di desa ni memang kena kentalkan diri bertarung dgn gerombolan nyamuk yg datang berpusu-pusu setiap malam tanpa jemu. Kalau x cukup kuat boleh mintak bantuan sheildtox attack...hehehe

Entry hamba kali ni bukan utk share sesuatu tetapi hny utk mengisi kekosongan setiap ceruk jiwa hamba. Hamba juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat jalan kpd rakan2 hamba yg akn mendaftarkan diri di SBP pd 7/2 ni iaitu Imran, Nazrul, Aiman, Farith n Amira. Semoga setiap langkah anda ke sana disertai dgn keberkatan dan keredhaanNya, dibasahi dgn zikrullah serta ditemani dgn semangat yg membuak-buak ke sana. Cebisan kenangan bersama anda semua akan sentiasa tersemat dlm atma hamba. Oklah....dah larut malam ni, hamba harus penuhi tuntutan kelopak mata hamba yg ingin ditutup setelah seharian terbuntang. Sebelum masuk tidur tu, basuh kaki dulu yer rakan2 semua...hehehe.

Saturday, January 29, 2011

.:Ragam bulan januari:.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa kabar sahabat handai semua?Harap semua dlm keadaan selamat sejahtera. Sy ingin mengambil kesempatan ini utk memohon maaf di atas ketidakprihatinan sy membiarkan blog ini tersadai spt tdk mempunyai nakhodanya(tuan punya blog). Pasti rakan2 semua jenuh menunggu ketibaan entry2 yg terbaru drpd hamba. So, hamba dh decide utk kumpulkan semua cerita2 hot sepanjang sebulan hamba tdk update blog ini...hehehe. Harap rakan2 semua sudi membaca liku2 hidup hamba yg sudah genap sebulan berada di ting 4.

First skali, hamba ingin berkongsi serba sedikit kisah hamba berada di klas yg diberi nama 4 sc 1. Alhamdulillah, sampai sekarang ni hamba dpt handle semua subjek kecuali satu je. Hehe...nk tahu x ape subjek yg bertuah sngt tu...?? X lain x bukan additional math laaa. Baru je khatam bab 1(function) tapi otak hamba ni dh kucar-kacir, bercelaru, pusing dan yg sewaktu dgnnye...hehehe. Tima mula2 hamba diperkenalkan dgn images,object,range tu mmg agak kacang tapi bila dh masuk bab composite n inverse function tu mcm nk muntahkan lava jer kepala hamba ni. Yg paling x thn sekali bila tgk ayat2 mentera spt ni fg(X)=f[g(x)].

Second pulak hamba nk share pasal kejohanan merentas desa di SMK Bukit Rambai baru2 ni. Hamba ni dogolongkan di dlm kelas 1(form 4+form 5). Kejohanan ini menawarkan 20 pinngat bagi setiap kategori iaitu kelas 1,2 dan 3 lelaki n kelas1,2 dan 3 perempuan. Lebih menghangatkan lagi suasana apabila kejohanan itu turut menyediakan sebuah basikal sbg hadiah utama bagi cabutan bertuah. Perlumbaan sejauh 8 km itu agak memenatkan juga. Tetapi kepenatan itu seakan2 sirna apabila hamba diisytiharkan mendapat tmpt ke-4 bagi kelas 1 lelaki. Hati hamba melonjak2 gembira masa tu.

Third pulak hamba nk berkongsi ttg anugerah pelajar cemerlang PMR 2010 yg diadakan di dataran BRASS.Anugerah ini diberikan sbg penghargaan kpd pljr2 yg berjaya mencatat keputusan yg menakjubkan dlm peperiksaan PMR thn 2010. Spt biasa, tumpuan akn diberikan kpd para pelajar yg berjaya mendapat straight 'A' dlm semua mata pelajaran iaitu Aiman, Nazrul, Shahrul, Imran, Farith, Anis, Farah, Nadirah, Farzana n Amira. Tahniah atas kejayaan anda dan ini akn menjadi pembakar semangat utk hamba berjaya di dlm SPM...insyaAllah.

Wajah2 ceria pelajar cemerlang PMR 2010

The last one, hamba nk berkongsi satu kisah yg amat memilukan hati hamba. Hamba dh agak perkara ini mmg akan berlaku ke atas diri hamba. Tanggal 26 januari 2011, hamba tlh berpisah dgn seorang rkn hamba yg amat ceria dan peramah iaitu Saudara Amirul. Keesokan harinya pula hamba kehilangan 2 org lagi rkn hamba yg mmg rapat dgn hamba iaitu saudara Aiman dan Farithezwan. Kehilangan rakan2ku ini mmg sentiasa dirasai setiap jam,saat dan detik. Semoga anda berbahagia menempuhi kehidupan yg baru di sekolah yg baru. Kenangan indah bersama korang tdk akn prnh luput dalam ingatanku.

Saturday, January 1, 2011

Memori bersama

Assalamualaikum.....

Selamat tahun baru kepada semua yang sudi membaca blog hamba yg tak seberapa ni. Apabila kita menjengah sahaja ke tahun baru, sudah pasti banyak nostalgia silam yang amat sukar dilupakan. Tidak kiralah sama ada ianya pahit atau manis tetap kekal menjadi memori suka dan duka kita dalam melayari bahtera kehidupan. Pengalaman kita dalam melalui perjalanan yang berliku-liku dan penuh onak duri sebenarnya telah banyak mematangkan diri kita untuk menyesuaikan diri di alam yang penuh ranjau ini.

Tahun 2011 mungkin akan mencatatkan banyak peristiwa perpisahan antara saya dengan sahabat2 seperjuangan yg dikasihi sekalian. Bukan saya yang mahu pergi, tetapi andalah yg akan pergi setelah berjaya mencapai keputusan PMR yang membanggakan semua pihak. Tidak mampu untuk saya menghalang anda semua daripada pergi kerana tempat yang akan anda tuju itu mungkin lebih baik dan mencerahkan masa depan daripada sekarang. Apa2 pun saya akan sentiasa merindui anda. Saya juga berharap persahabatan kita tidak akan pudar walaupun dimamah masa dari hari ke hari.

Entry kali ini juga hamba menyertakan gambar2 yg dapat mengimbau kembali perjalanan hidup hamba bersama kalian. Terima kasih kerana sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada hamba hingga ke hari ini....

Gambar ni diambil semasa aku form1 diasrama yg penuh dgn asam garam...hehehe

Gambar ni pula adalah rakan2 seperjuangan semasa aku berada di ting 2rk1...

Pic ni pula adalah sbg kenang-kenangan kami di Ibnu Sina 2 yg penuh dgn gelak tawa...

Saturday, December 25, 2010

Seni itu indah

Assalamualaikum,

Terima kasih kpd teman2 yg masih setia mengunjungi blog hamba hingga ke hari ini. Entry kali ni bkn utk hamba berceloteh atau meluahkan rasa isi hati tetapi hamba mahu mengambil kesempatan ini utk memperkenalkan kpd anda semua blog adik hamba yg baru shj beroperasi. Harap anda semua tidak keberatan utk bertandang ke blog adik hamba yg penuh warna-warni tu. Kalau boleh follow sekali la yerp...

Keistimewaan blog adik hamba ni adalah dari sudut kreativitinya yg tersendiri. Anda akan disajikan dgn pelbagai karya2 yg menarik hasil titik peluh adik hamba sendiri. Almaklumlah, adik hamba ni mmg mempunyai bakat yg besar dlm bidang seni...hehehe. Kpd pencinta2 seni jgn terlepas peluang utk menziarahi blog adik hamba yg sarat dgn seribu satu keunikan ni.

Selain itu, adik hamba juga pandai membuat kraf tangan yg dapat menarik perhatian anda semua. Saya pasti mata anda akan terbuntang melihat hasil kerja adik hamba yg penuh teliti, cantik dan kemas. Antara kraf tangan yg adik hamba pakar ialah:

#keychain(name)
#handphone case
#handphone charm
#pencil case
#wallet

Gambar yg sy sertakan ini adalah sebahagian hasil kerja adik hamba yg dihadiahkan kpd hamba. Anda semua juga blh mendapatkannya melalui tempahan dgn melayari laman web adik hamba iaitu http://eika-lekhacrafty.blogspot.com/


Photobucket

Thursday, December 23, 2010

Impian yg terkubur

Assalamualaikum....

Ape kabo rakan2 taulan yg dirahmati Allah S.W.T. Harap rakan2 sihat hendaknya. Hari ni 23 disember 2010 merupakan hari yg menggembirakan atau mengecewakan bagi rakan2 yg menjadi calon PMR utk thn ni. Semuanya bergantung kpd keputusan PMR yg kwn2 dapat. Mungkin ramai di antara rakan2 sy di kls 3RK1 yg menerima keputusan yg membanggakan apabila tertera huruf A yg mengerumuni segenap penjuru slip peperiksaan. Sy ucapkan tahniah di atas kejayaan rakan2 menggapai kecemerlangan. Semoga rkn2 berjaya dunia dan akhirat...InsyaAllah.

Lain pula nasibnya terhadap diri sy ini apabila tidak semuanya tertera huruf A. Huruf B pula kelihatan melekat pd keputusan bhs inggeris sy. Tak taulah mcm mana perasaan ayah dan ibu bila melihat keputusanku yg mengecewakan ini. Tau ubah spt keputusan UPSR tiga thn yg lalu. Huruf B ni sukar hendak ditanggalkan drpd slip keputusan. Tak tau kenapa?? Harap2 huruf B ni tdk lagi menghantui diriku ini. Dan lagi satu, impianku utk ke Malay College Kuala Kangsar terkubur begitu shj. Aku rasa takkan ke mana2 dgn keputusanku yg menyedihkan ni...Apa2 pun tumpuanku kali ini adalah utk SPM pula...Strive for excellent.

Tuesday, December 21, 2010

Debaran kian memuncak

Assalamualaikum,

Thn demi thn, bln demi bln, hari demi hari semakin hampir rupanya hari yg dinanti2 kan pd 23 disember ini. Hatiku mula tak keruan memikirkan ttg result PMR yg bakal diambil nanti. Adakah aku berjaya mengecapi kejayaan atau aku akan meratapi kegagalan??? Wallahualam. Jantungku juga berdegup dgn begitu kencang. Kini, aku gelisah menghitung setiap waktu, detik dan saat yg kian menghampiri hari yg tdk diundang. Aku merasakan bhw masa itu berlalu dgn terlalu pantas hingga tdk sempat rasanya utkku memperbnykkan zikir, selawat dan doa utk mendekatkan lagi diri ini dgn Sang Pencipta. Hanya tawakkal shj yg menjadi senjata utamaku kini.

Aku berharap agar rakan2 semua mendoakan kejayaan cemerlang utk pelajar2 yg menjadi calon PMR utk thn ini. Aku juga berharap agar batch ting3 SMKBR thn ni dpt memecahkan rekod cemerlang pelajar2 ting3 thn lepas...Amin.

Akhir sekali..sy ingin mengajukan satu soalan cepumas buat rakan2 kls 3RK1...soalannye ialah:
#Ambik result nanti nak pakai baju kls ke baju sek??? Hehehe...jwb jgn tak jwb.

Friday, December 10, 2010

Kasut baru....huhu!!!!!!!

Assalamualaikum semua,

How are you all??? I hope you all are as fit as a fiddle..InsyaAllah. Hehe...mood kali ni baik pulak. Nak tahu kenapa??? Cuba anda cari jawapannye sendiri. Tak dpt jwpnnye jugak... ok lah sy bagi clue, cuba tgk title bagi entry ni. Haaa..sy pasti anda semua sudah mendapat jwpn drpd perumitan yg memecahkan kepala ni...huhu.

Nak cerita sikit, kasut sukan gua yg lama tuu dh uzur dan tenat...hny tunggu mase je. Akhirnya, kira2 lima atau enam bln yg lepas, kasut ni tlh menghembuskan nafasnye yg terakhir...hehehe. Jasadnye blm disemadikan lagi kerana aku rindu utk menatap raut wajah kasut kesayanganku ini. Sampai ke hari ni takde sorang pun yg mengucapkan takziah kpd ku..

Pengunjung blog: Dah la tu muzakkir...jgn nak mengarut lagi. Karang jadi gila pulak..
Muzakkir : Hehehe..jgn mare ye...

Masuk kpd tajuk semula...Pd minggu lps, ayahku membawaku ke jusco utk menggantikan kasut lamaku kpd kasut yg baru. Selain itu, kami juga ada mengunjungi kedai celcom utk membeli sim card. walau apa2 pun aku tetap merindui kasut sukan lamaku kerana tlh berbakti kpdku hingga ke menara gading(eh..silap pulak, hingga ke perlawanan badminton peringkat negeri). Di sini aku ada sertakan gambar 3D kasut sukanku yg baru...hehe.


Tuesday, December 7, 2010

.:SALAM MAAL HIJRAH:.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Asalamualaikum semua,

Kaifa haluka/haluki(Apa khabar)????? Hehehe...speaking arab pulak. Pejam celik pejam celik dah masuk thn baru hijrah. Dgn rasminya masuk thn baru ni maka, semakin singkatlah umur kita. Oleh itu, marilah semua kaum muslimin dan muslimat termasuk diri sy sendiri,(hehe..mcm khutbah jumaat pula)marilah sama2 kita bermuhasabah diri menghitung kembali amal2 dan kebajikan yg kita kerjakan sebaik shj kita lahir ke dunia hingga ke hari ini. Adakah ianya mencukupi utk menjamin keselamatan kita semasa berada di alam barzakh dan akhirat? Jgn terlepas juga utk merenungkan kembali keburukan serta kejahatan yg tlh terlanjur kita lakukan. Adakah kita sudah bertaubat atau masih terus-terusan melakukan kesalahan yg sama berulang kali???

Setelah selesai bermuhasabah diri merenungkan kembali kisah2 yg lampau, pasti rakan2 sudah dpt mengenal pasti kebaikan dan keburukan masing2. Rakan2 juga tentu sudah mempunyai azam yg tersendiri utk menambah baik amal kebajikan dan menghindari drpd perbuatan yg keji dan mungkar. Oleh itu, bersegeralah rakan2 mengambil tinta dan terus mencoret azam rakan2 di atas sehelai kertas bagi menyenaraikannya dgn lebih jelas. Eloklah rakan2 mencoret dgn tulisan yg besar dan cantik serta tampalkannya di tmpt yg sesuai.

Yg berikut pula merupakan azam sy utk thn ini :
#Memperbanyak amal kebajikan
#Berbakti kpd kedua ibu bapa
#Memenuhkan ilmu di dada
#Menjadi rakan yg disenangi
#Aktif dlm bidang sukan
#Bnykkan membaca dan menghafaz al-quran

Dan yg plg penting sekali, azam sy ialah menghindari dosa2 yg lalu....InsyaAllah.