Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, matiku kerana Allah yg mentadbir sekalian alam.
Friday, January 23, 2009
Sunday, January 4, 2009
::KEMBALI KE SEKOLAH::

Saturday, January 3, 2009
Boikot barangan Yahudi

Thursday, January 1, 2009
::Senyuman menarik::

Pengenalan
Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat pada seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan personaliti empunya. Senyuman yang menarik dengan gigi yang bersih dan gusi yang sihat boleh menonjolkan keyakinan diri dan keterampilan anda.
Bagaimana Untuk Menjadikan Senyuman Lebih Menarik?
Gabungan rawatan pergigian kosmetik boleh meningkatkan penampilan gigi dan senyuman anda. Antara rawatan yang mungkin diperlukan termasuklah:
- Menyusunkan gigi supaya lebih teratur
- Memulihkan gigi yang patah atau terserpih
- Menggantikan gigi yang hilang
- Menutup ruang di antara gigi
- Membaiki senyuman yang menampakkan terlalu banyak bahagian gusi
- Mencerahkan warna gigi
- Dan lain-lain
Proses ini mungkin melibatkan gabungan porcelain veneers, tampalan sewarna gigi, korona,jejambat dan pemutihan gigi.
Bagaimana Proses Ini Dilakukan?
Sebelum rawatan kosmetik dimulakan, masalah kesihatan yang ada perlu di rawat terlebih dahulu untuk memastikan anda sihat untuk menjalani rawatan pergigian. Doktor pergigian akan memeriksa dan menentukan status kesihatan pergigian anda.
Bagi rawatan kosmetik pergigian, anda dan doktor pergigian anda boleh berbincang untuk menentukan gaya senyuman baru yang dikehendaki.
- Apa yang anda inginkan pada senyuman anda?
- Apakah yang anda tidak suka tentang senyuman anda dan apakah yang mahu diubah?
Setelah gaya senyuman ditentukan, beberapa rawatan akan dijalankan. Anda akan diberikan senyuman 'baru' dengan tampalan sementara terlebih dahulu kerana bahan porcelain memerlukan dua hingga empat minggu untuk disiapkan. Seterusnya tampalan sementara akan ditanggalkan dan diganti bahan porcelain.
Komplikasi
Tiada komplikasi yang dikaitkan dengan rawatan ini selagi kebersihan mulut dijaga dengan baik.
Berapa Lama Proses Ini Dijalankan?
Tempoh rawatan bergantung kepada jenis rawatan yang dijalankan. Jika anda hanya memerlukan pemutihan gigi, maka proses rawatan hanya memerlukan satu jam sahaja. Tetapi untuk rawatan yang lebih kompleks, seperti porcelain veneers atau korona porcelain, anda perlu ke klinik pergigian untuk beberapa kali lawatan.
Monday, December 22, 2008
Malaysia penakluk Masters Akhir
BADMINTON negara meniti kemuncak dunia, semalam apabila tiga wakil - Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty merakamkan kemenangan hatrik dengan muncul juara acara masing-masing pada final kejohanan badminton Siri Super Masters Akhir di Kota Kinabalu. Alhamdulillah, Malaysia akhirnya di puncak dunia. Tetapi kejohonan ini agak suram tanpa kehadiran China. Gejala penarikan diri berlaku dalam beberapa kejohanan anjuran BWF termasuk Siri Super Masters Akhir di Kota Kinabalu, yang menyaksikan China menarik diri daripada semua lima acara dipertandingkan. Antara langkah itu ialah denda tambahan ke atas pemain sebanyak AS$1,000 (RM3,500) jika menarik diri dalam sebarang kejohanan anjuran BWF untuk kali ketiga dan merujuk pemain terbabit kepada jawatankuasa disiplinnya - yang mungkin mengenakan sekatan ke atas pemain - jika mereka menarik diri buat kali keempat.
Thursday, December 18, 2008
Selamat hari lahir ibu
Thursday, December 11, 2008
Album terbaru kump Haikal

Assalamualaikum Warahmatullah;
Seperti yang kami janjikan sebelum ini, album terbaru Haikal 2008 dilancarkan jualannya secara online telah bermula. Anda dijemput untuk melayari laman ini, http://haikalrecords.com/ klik pada semua link, buat macam rumah sendiri la yea. He he he… Jangan lupa tinggalkan komen, ucapan dan cadangan anda sebagai kenangan kepada kami untuk kami menambah/memperbaiki apa yang kurang dari kami.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan album ini, khususnya di musim promosi istimewa online ini, anda boleh menempahnya di link eShoppe kami, melalui link di atas. Buat masa ini pihak Haikal Records sedang membuat gerak kerja promosi & pengedaran album ini ke seluruh Malaysia. Kami juga mengalu-alukan para pengedar/peniaga yang berminat untuk mengedar album ini di seluruh Malaysia.
-haikal-
Sunday, December 7, 2008
Tuesday, November 25, 2008
Komuniti Teman Danial
Sunday, November 23, 2008
Majlis Fatwa haram yoga
PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera. Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu. Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.


